Tuesday 5 January 2016

Apakah Minyak Kelapa Dara (VCO) ?

Minyak Kelapa Dara atau dalam bahasa inggerisnya ' Virgin downloadCoconut Oil' (VCO) merupakan minyak yang dikeluarkan dari buah kelapa yang telah cukup matang menggunakan proses khas yang tidak merosakkan struktur asal atau khasiat semula
jadi minyak kelapa yang terdapat dalam buah kelapa tersebut. Minyak kelapa yang dara iaitu minyak kelapa dara ini diproses dengan tanpa menggunakan haba ataupun kimia dan minyak kelapa dara menyimpan berbagai khasiat nutrien yang tidak diketahui umum.
Pada awal tahun 1930, Dr Weston A. Price seorang penyelidik, pakar pemakanan yang juga merupakan seorng doktor gigi dari Cleverland, Ohio mendapati penduduk di Kepulauan Pasifik mempunyai tahap kesihatan fizikal dan gigi yangt menakjubkan. Dipercayai ia disebabkan corak pemakanan harian berasaskan kelapa. Mereka juga mempunyai rambut serta kulit yang cantik walaupun banyak terdedah kepada sinaran ultraviolet matahari.
Manakala awal tahun 1960 an, Dr. Ian A. Prior, seorang pakar jantung yang juga merupakan pengarah Pusat Penyelidikan Wabak Penyakit di Hospital Wellington, New Zealand telah melakukan penyelidikan di dua buah pulau iaitu Puka Puka dan Tokelau di Lautan Pasifik Selatan. Dr. Ian merumuskan penduduk setempat banyak memakan kelapa sebagai diet harian. Hasilnya, paras kolesterol rendah, kesihatan fizikal amat baik dan tiada sebarang penyakit kronik seperti jantung atau kanser.

Apa yang terkandung dbuah2i dalam minyak kelapa dara (VCO) sehinggakan ia boleh digunakan untuk menyembuhkan pelbagai penyakit degeneratif? Pertanyaan ini selalu muncul dalam perbualan seharian. Oleh sebab itu, banyak pihak yang ingin mengkaji untuk meneliti kandungan minyak kelapa dara (VCO).
Daripada hasil beberapa kajian, terbukti minyak kelapa dara (VCO) mempunyai rantai struktur lemak / fatty asid yang kaya dengan ” lauric Oil” yang memberi kebaikan minyak kelapa dara dalam menjaga kesihatan tubuh dan juga sangat berkesan untuk menyembuhkan pelbagai penyakit yang membawa maut, seperti kanser, penyakit jantung, obesiti, dan strok.
Selain itu, kandungan antioksidan dalam minyak kelapa dara (VCO) adalah sangat tinggi. Sebut sahaja tokoferol dan betakaroten, ia berfungsi untuk mencegah penuaan dan menjaga keseimbangan tubuh.

Mengapa Setiap Satu Keluarga Harus Ada Minyak Kelapa Dara (VCO) ?

  1. Membantu anda untuk mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan yang idea bagi yang terlalu kurus.
  2. Membantu anda untuk mengurangkan risiko serangan jantung dan darah tinggi.
  3. Mengurangkan kadar kolesterol dalam tubuh badan.
  4. Mengawal kencing manis dan Anti oksida yang semulajadi.
  5. Tidak meningkatkan paras platelet dalam darah.
  6. Mencegah serangan penyakit kerana memiliki agen Anti Virus, anti bakteria , anti fungus dan anti protozoa.
  7. Meningkatkan kadar metabolisma dan pemangkin kelenjar thyroid.
  8. Membekalkan sumber tenaga yang pantas.
  9. Mengurangkan kesan kedutan kulit dan melindungi kesan ultra violet matahari serta penyakit kulit.
  10. Mengurangkan kelimumur dan mengaktifkan pertumbuhan rambut.

Fakta Tentang Minyak Kelapa Dara (VCO)

Minyak Kelapa Dara (VCO) memiliki banyak manfaat kesihatan seperti  untuk rawatan rambut, rawatan kulit, mengawal kolesterol, menurunkan berat badan, meningkatkan system kekebalan tubuh, pencernaan dan metabolism, mencegah masalah buanh pinggang, penyakit jantung, tekanan darah tinggi, kencing manis atau diabetes, HIV dan kanser, Penjagaan gigi dan kekuatan tulang. Manfaat Minyak Kelapa Dra (VCO) dikaitkan dengan kewujudan asid laurik, asid capric dan asid caprylic, dan ia memiliki sifat-sifat seperti antimikrob, antioksidan, antikulat, antibakteria.

Fungsi Asid Laurik di Dalam Tubuh Badan

Tubuh manusia mengubah asid laurik menjadi monolaurin yang diperlukan untutk membantu mencegah virus dan bakteria yang menyebabkan penyakit seperti herpes, influenza, cytomegalovirus, dan termasuk HIV. Ia membantu dalam memerangi bakteria berbahaya seperti listeria monocytogenes danpylori heliobacter, dan protozoa berbahaya seperti giardia lamblia. Hasilnya Minyak Kelapa Dara (VCO) memeberikan berbagai manfaat untuk kesihatan, walaupun fungsinya secara tepat tidak diketahui, ia telah banyak digunakan dalam Ayurveda, kaedah perubatan tradisional India.

Kandungan Minyak Kelapa Dara (VCO)

Minyak Kelapa Dara (VCO) terdiri daripada Sembilan puluh peratus lemak tepu.
  1. Asid Lemak Tepu : kebanyakan dari lemak tepu adalah Medium Chain Trigliserida (MCT). Asid laurik merupakan kandungan utama di mana ianya adalah empat puluh peratus, diikuti oleh Asid Kaprat, Asid Kaprilat, dan Miristat Asid Palmitat.
  2. Asid Lemak Poli Tak Tepu : Asid Linoleic.
  3. Asid Lemak Tak Tepu Tunggal : Asid Oleik.
  4. Beberapa terbitan Asid Lemak seperti Betaines, Ethanolamide, Ethoxylates, Fatty ester, Fatty Polysorbates, haiwan dan Polyol Ester.
  5. Vitamin E dan vitamin K dan Mineral seperti Zat Besi.

Kelebihan Dan Khasiat Minyak Kelapa Dara (VCO)

  1. Mengurangkan risiko penyakit jantung
  2. Merangsang metabolisma.
  3. Menyokong fungsi tiroid
  4. Membantu anda menurunkan dn mengekalkan berat badan yang ideal.
  5. Membunuh Virus, bakteria, kulat dan protozoa.
  6. Memiliki sifat antioksidan semulajadi.
  7. Tidak membebankan organ pankrease.
  8. Lemak tepu rantai sederhana. ( MCFA –mudah dihadham)
  9. Sudah mula dihadhamkan dengan hanya enzim saliva dan diperut ( sangat baik untuk mereka yang ada gangguan pencernaan, masalah metabolic, bayi pramatang yang system tubuhnya kurang berkembang.
  10. Dihantar terus ke hati untuk menghasilkan tenaga maksima.
  11. Menghasilkan tenaga segera dengan cepat. Ia boleh melalui sel membrane mitochondria tanpa perlu bantuan enzim.
  12. Sel jadi cekap dan efisien.
  13. Bertindak menghalang pembentukan radikal bebas.
  14. Diproses secara organic. Tidak terhasil trans fatty asid beracun yang merosakkan system tubuh.
  15. Tiada LDL kolesterol.
  16. Mengandungi antara 45% - 55% lauric asid.
  17. Bersifat antivirus, antibakteria, antifungus, anti protozoa.
  18. Pada kulit, bertindak sebagai perisai tambahan terhadap bahaya sinaran ultra violet (UV) (keremajaan kulit lebih lama) dan penghalang infeksi kuman (Mengelakkan jangkitan penyakit kulit) disamping mempercepatkan pembentukan sel baru (keanjalan dan kelembutan kulit lebih ketara).
  19. Bertindak sebagai anti kanser dan anti histamine (mengelakkan alahan).
  20. Meningkatkan metabolism. (sel punya lebih tenaga, menjadikan ia lebih cekap dan efisien)
  21. Meningkatkan daya tahan (endurance)
  22. Memperbaiki pencernaan.(tidak akan cepat lapar, tidak perlu makan banyak dan berat badan terkawal secara semulajadi)
  23. Mempermudahkan pencernaan mineral dan vitamin (baik untuk warga tua)

Antara Manfaat-Manfaat Minyak Kelapa Dara (VCO)

Masalah Resdung
Minyak Kelapa Dara (VCO) adalah pembasmi kuman semulajadi. Dalam tahun 1966, seorang professor farmakologi dan penyelidik di Universiti Michigan telah menemui sifat anti virus dan anti bakteria sejenis lemak tepu aktif yang menjadi bahan penting Minyak Kelapa Dara (VCO). Sejak dari itu lemak tepu aktif ini telah dikenalpasti bersifat ani virus, anti bakteria, anti fungus dan anti protozoa. Sifat pembasmi kuman ini telah menjadikan Minyak kelapa Dara (VCO) satu bahan berkesan untutk menentang penyakit disebabkan oleh kuman seperti resdung.

Masalah Tiroid
Minyak Kelapa Dara (VCO) boleh membantu mereka yang mengalami penyakit tiroid. Tidak kira sama ada ia menghidap hipertiroidisme atau hipotiroidisme. Dalam kedua-dua kes tersebut, Minyak kelapa Dara (VCO) dapat memberi manfaat untutk masalah tiroid. Minyak Kelapa Dara (VCO) dapat merangsang fungsi tiroid dan mempunyai pelbagai sifat antiseptic. Minyak Kelapa Dara (VCO) juga berkemampuan untutk merangsang metabolisa.

Penjagaan Rambut
Minyak Kelapa Dara (VCO) merupakan salah satu nutrisi semulajadi terbaik untuk rambut. Ia membantu dalam pertumbuhan rambut yang sihat dan memberikan mereka kulit berkilau. Urutan kepala dengan Minyak Kelapa Dara (VCO) memastikan bahawa kulit kepala bebas dari  kelimumur, kutu, dan telur kutu, bahkan jika kulit kepala kering. Minyak Kelapa Dara (VCO) banyak digunakan di benua India untutk rawatan rambut. Ia merupakan penyejuk yang sangat baik dan membantu dalam pertumbuhan semula rambut yang rosak. Oleh kerana itut digunakan sebagai minyak rambut dan digunakan untutk membuat pelbagai penyejuk dank rim mencegah kelimumur. Minyak Kelapa Dara (VCO) disapu untuk rawatan rambut.

Penjagaan Kulit
Minyak Kelapa Dara (VCO) amat baik untuk digunakan sebagai minyak urut dan pelembab kulit. Ia bertindak sebagai pelembab yang berkesan pada semua jenis kulit termasuk kulit kering. Manfaat Minyak Kelapa Dara (VCO) pada kulit adalah standing dengan krim pelembab. Malah ia jauh lebih baik daripada krim pelembab kerana ia diserap kedalam kulit, tidak ada kesan sampingan pada kulit dengan penggunaannya. Minyak Kelapa Dara (VCO) membantu mengelakkan kulit menjadi kering dan mengelupas. Hal ini juga melambatkan proses penuaan dan berkurangnya keanjalan kulit yang biasanya menjadi kendur seiring dengan usia. Minyak Kelapa Dara (VCO) juga membantu dalam merawat pelbagai masalah kulit termasuk psoriasis, dermatitis, eksim dan lain-lain jangkitan kulit. Oleh kerana itu Minyak kelapa Dara bentuk bahan dasar berbagai perawatan tubuh produk-produk seperti sabun, lotion, krim, dan lain-lain, digunakan untutk rawatan kulit.

Melewatkan Proses Penuaan
Minyak Kelapa Dara (VCO) membantu dalam melewatkan proses penuaan awal dan penyakit degenerative kera sifat antioksidan semulajadi.

Penyakit Jantung
Ada salah faham yang tersebar di antara orang ramai bahawa Minyak Kelapa Dara (VCO) tidak baik untutk jantung. Ini kerana ia mengandungi sejumlah besar Lemak Tepu. Sebenarnya, Minyak Kelapa Dara (VCO) memberikan kebaikan untutk jantung. Ia mengandungi Asid Laurik sekitar 50% hingga 70%, yang boleh membantu dalam mencegah pelbagai masalah jantung termasuk kadar kolesterol tinggi dan tekanan darah tinggi. Lemak Tepu yang terkandung di dalam Minyak Kelapa Dara (VCO) tidak berbahaya seperti dalam minyak sayuran lain. Itu tidak menyebabkan peningkatan kadar LDL. Ia dapat mengurangkan ketimbulan kecederaan di arteri dan membantu mencegah aterosklerosis.

Masalah Berat Badan
Minyak Kealap Dara (VCO) dapat membantu mengurangkan berat badan. Mengandungi Asid Lemak rantai sederhana yang membantu mengawal berat badan yang berlebihan. Minyak Kelapa Dara (VCO) lebih mudah dicerna dan membantu masalah tiroid dan system enzim atau penghadhaman. Seterusnya, meningkatkan metabolisma tubuh dengan menghilangkan tekanan pada pancreases, membantu membakar lemak untuk menghasilkan lebih banyak tenaga dan membantu orang yang gemuk dan kelebihan berat badan dan membantu mengurangkan berat badan mereka. Itulah sebabnya, orang-orang yang tinggal di daerah Pantai Tropika, yang menjadikan Minyak Kelapa Dara (VCO) sebagai sumber makanan makanan utama mereka, biasanya tidak mengalami masalah berat badan, obesiti atau kegemukan.

Pencernaan
Minyak Kelapa Dara (VCO) membantu dalam proses system pencernaan dan dapat membantu mengelakkan masalah di dalam sistem pencernaan seperti sindrom kerengsaan usus besar. Lemak Tepu dalam Minyak Kelapa Dara (VCO) memiliki sifat anti mikrob dan membantu dalam menangani pelbagai bakteria, kulat, parasit dan lain-lain, yang menyebabkan gangguan di dalam system pencernaan. Minyak Kelapa Dara (VCO) juga dapat membantu penyerapan zat-zat lain seperti vitamin, mineral dan Asid Amino.

Sistem Imun atau Kekebalan Tubuh
Minyak Kelapa Dara (VCO) amat baik unutk system kekebalan tubuh. Membantu memperkuat system kekebalan tubuh kerana ia mengandungi lipid antimicrobial, asid laurik, asid kaprat dan asid kaprilat yang anti kulat, memiliki sifat anti bakteria, dan anti virus yang kuat. Tubuh manusia mengubah asid laurik menjadi monolaurin yang di perlukan oleh tubuh untuk membantu dalam menghadapi virus dan bakteria yang menyebabkan penyakit seperti herpes, influenza, cytomegalovirus, dan bahkan HIV. Ia membantu dalam memerangi bakteria merbahaya seperti listeria monocytogenes dan pylori heliobacter, dan protozoa berbahaya seperti giardia lamblia.

Penyembuhan secara Semulajadi
Jika diamalkan oleh mereka yang menghadapi masalah kesihatan, membentuk lapisan kimia yang melindungi tubuh daripada jangkita yang di sebabkan oleh debu, kulat, bakteria dan virus yang tidak di perlukan oleh tumbuh. Minyak Kelapa Dara (VCO) yang paling berkesan pada luka kerana mempercepatkan proses menyembuhkan dengan memperbaiki rangkaian yang rosak.

Masalah Jangkitan
Minyak Kelapa Dara (VCO) sangat efektif melawan pelbagai  jangkitan kerana sifat-sifatnya anti kulat, anti bakteria dan anti virus. Menurut sebuah pusat penyelidikan, Minyak Kelapa Dara (VCO) membunuh virus yang menyebabkan influenza, campak, hepatitis, herpes, SARS, dan lain-lain juga boleh membunuh bakteri yang menyebabkan sakit telinga, infeksi kerongkong, jangkitan saluran kencing, pneumonia dan gonorea. Minyak Kelapa Dara (VCO) juga berkesan dalam mencegah kulat dan ragi yang menyebabkan candida, jangkitan kulat kronik, ruam lampin.

Mencegah Masalah Hati
Kehadiran trigliserida rantaian sederhana dan asid lemak membantu dalam mencegah penyakit hati kerana zat yang mudah di ubah menjadi tenaga apabila ia sampai ke hati, sehingga dapat mengurangkan bebanan pada hati dan juga mencegah penyimpanan lemak.
Kecing Manis atau Diabetes
Minyak Kelapa Dara (VCO) membantu dalam mengawal kandungan gula dalam darah, dan meningkatkan penghasilan insulin. Ini dapat membantu dalam penggunaan glukos  di dalam darah dengan lebih berkesan, sehingga mencegah dan mengubati masalah kencing manis atau diabetes.
Tulang
Seperti disebutkan sebelumnya, Minyak kelapa Dara (VCO) meningkatkan kemampuan tubuh kita untutk menyerap mineral penting. Ini termasuk kalsium dan magnesium yang di perlukan untuk menguatkan tulang. Dengan itu Minyak Kelapa Dara (VCO) membantu wanita yang terdedah kepada osteoporosis semasa mengalami proses monopos.

Penjagaan Gigi
Kalsium adalah unsur terpenting dalam gigi. Minyak Kelapa Dara (VCO) dapat membantu memudahkan penyerapan kalsium oleh tubuh, membantu dalam mendapatkan gigi yang kuat. Minyak kelapa Dara (VCO) dapat membantu maslaah kerosakan gigi.

Untuk Kesihatan
Minyak Kelapa Dara (VCO) sering digunakan oleh para atlit untuk menguatkan tubuh dan mereka yang sedang mengamalkan diet. Ini kerana Minyak Kelapa Dara (VCO) mengandungi kalori  yang lebih rendah daripada minyak lain, kadar lemak yang mudah di ubah menjadi tenaga dan tidak menyebabkan pengumpulan lemak pada jantung dan arteri. Minyak Kelapa Dara (VCO) dapat membantu meningkatkan tenaga dan stamina, dan dapat meningkatkan prestasi atlit.

Minyak Kelapa Dara (VCO) , Apa Kata Pakar ?

Belum pdr-jon-kabaraernah dalam sejarah manusia begitu penting untutk menekankan nilai minyak laurik. Minyak Kelapa Dara (VCO) mengandungi medium chain triglycerides (MCT) yang hamper sama dengan lemak yang terdapat dalam air susu ibu (ASI). MCT mempunyai kesan nutrient yang sama dengan air susu ibu.
- Jon J. Kabara, Ph.D. Professor Emeritus, Michigan State University.


167xNxbruce-fife.jpg.pagespeed.ic.W3fZFQVn0o
Dapat mengurangkan berat badan sebanyak 36 pounds setahun tanpa penukaran pemakanan kecuali Minyak Kelapa Dara (VCO) yang digunakan sungguh menakjubkan.
- Dr. Bruce Fife, pengarang buku baru, Eat Fat, Look Thin : A safe and natural way to Lose weight permanently



Dr_Enig
Kira-kira 50% dari asid lemak dalam lemak kelapa dara adalah asid laurik. Asid laurik adalah asid lemak rantaian sederhana, yang mempunyai fungsi bermanfaat tembahan iaitu dibentuk menjadi monolaurin dalam tubuh manusia atau haiwan. Monolaurin adalah monogliserid berciri antivirus, antibakteria dan antiprotozoal yang digunakan oleh manusia atau haiwan untuk memusnahkan virus-virus berselaput lipid seperti HIV, herpes, cytomegalovirus, influenza, berbagai bakteria patogenik termasuk listeria monocytogenes dan heliobacter pylori, dan protozoa seperti giardia lamblia. Beberapa kajian juga telah menunjukkan sedikit kesan antimikrob asid laurik bebas. Minyak Kelapa Dara adalah makanan berfungdi yang memberi pelbagai khasiat kesihatan.
- Dr. Mary Enig, University Maryland USA

phpThumb_generated_thumbnail
Minyak Kelapa Dara berdiri gagah sebagai minyak yang paling menyihatkan yang boleh anda gunakan. Ia mengandungi selautan khasiat kesihatan serta khazanah penyelidikan yang benar-benar berharga. Saya sesungguhnya sangat inginkan agar anda menjadikan Minyak Kelapa Dara (VCO) sebagai sebahagian daripada pelan harian pemakanan anda.
- Mark Atkinson, Holistic Medical Physician, BBS Bcs (Hons) FRIPHH FCMA BETD SAC DIP (Clinical Nutrition)


Asid Laurik VS Antibiotik

obat

Minyak Kelapa Dara (VCO) adalah antibiotic semulajadi kerana mengandungi komponen penting seperti monolaurin. Minyak Kelapa Dara (VCO) membekalkan kepada tubuh manusia untuk melawan kuman secara semualajadi dan menguatkan sistem imun badan serta menentang virus dan mikroorganisma berbahaya. Jadi kurangkanlah menggunakan ubat-ubatan antibiotik berunsur dadah dan gunakanlah Minyak Kelapa Dara (VCO).