Tuesday 5 January 2016

Apakah Minyak Kelapa Dara (VCO) ?

Minyak Kelapa Dara atau dalam bahasa inggerisnya ' Virgin downloadCoconut Oil' (VCO) merupakan minyak yang dikeluarkan dari buah kelapa yang telah cukup matang menggunakan proses khas yang tidak merosakkan struktur asal atau khasiat semula
jadi minyak kelapa yang terdapat dalam buah kelapa tersebut. Minyak kelapa yang dara iaitu minyak kelapa dara ini diproses dengan tanpa menggunakan haba ataupun kimia dan minyak kelapa dara menyimpan berbagai khasiat nutrien yang tidak diketahui umum.
Pada awal tahun 1930, Dr Weston A. Price seorang penyelidik, pakar pemakanan yang juga merupakan seorng doktor gigi dari Cleverland, Ohio mendapati penduduk di Kepulauan Pasifik mempunyai tahap kesihatan fizikal dan gigi yangt menakjubkan. Dipercayai ia disebabkan corak pemakanan harian berasaskan kelapa. Mereka juga mempunyai rambut serta kulit yang cantik walaupun banyak terdedah kepada sinaran ultraviolet matahari.
Manakala awal tahun 1960 an, Dr. Ian A. Prior, seorang pakar jantung yang juga merupakan pengarah Pusat Penyelidikan Wabak Penyakit di Hospital Wellington, New Zealand telah melakukan penyelidikan di dua buah pulau iaitu Puka Puka dan Tokelau di Lautan Pasifik Selatan. Dr. Ian merumuskan penduduk setempat banyak memakan kelapa sebagai diet harian. Hasilnya, paras kolesterol rendah, kesihatan fizikal amat baik dan tiada sebarang penyakit kronik seperti jantung atau kanser.

Apa yang terkandung dbuah2i dalam minyak kelapa dara (VCO) sehinggakan ia boleh digunakan untuk menyembuhkan pelbagai penyakit degeneratif? Pertanyaan ini selalu muncul dalam perbualan seharian. Oleh sebab itu, banyak pihak yang ingin mengkaji untuk meneliti kandungan minyak kelapa dara (VCO).
Daripada hasil beberapa kajian, terbukti minyak kelapa dara (VCO) mempunyai rantai struktur lemak / fatty asid yang kaya dengan ” lauric Oil” yang memberi kebaikan minyak kelapa dara dalam menjaga kesihatan tubuh dan juga sangat berkesan untuk menyembuhkan pelbagai penyakit yang membawa maut, seperti kanser, penyakit jantung, obesiti, dan strok.
Selain itu, kandungan antioksidan dalam minyak kelapa dara (VCO) adalah sangat tinggi. Sebut sahaja tokoferol dan betakaroten, ia berfungsi untuk mencegah penuaan dan menjaga keseimbangan tubuh.

No comments:

Post a Comment